Thursday 13 August 2015

9 makanan yang meransang Otak genius bayi

9 Makanan Yang Boleh Dimakan Oleh Ibu Mengandung dan meransang Otak Genius Bayi

Setiap ibu semestinya menginginkan anak yang pintar dan geniuskan? Tahu tak mommies,
anda boleh meransang perkembangan otak bayi untuk menjadi genius sejak berada di dalam rahim melalui pemakanan?
Kajian turut menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam rahim dan makanan antara sumber yang sangat
penting untuk meransang otak bayi.
Nak tahu apa makanan yang best tu?

9 Makanan Yang Boleh Meransang Otak Genius Bayi

#1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit.
Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink.
Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis
Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak.
Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif.
Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar
Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan.
Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air.
Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima
Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran.
Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma
Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu
Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi.
Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang
Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi.
Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana
mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.

Berilah si manja nutrisi terbaik melalui pemakanan sejak berada di dalam rahim.
Perasan tak mommies kesemua makanan di atas sangat bagus untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan kerana mengandungi vitamin, mineral dan zat galian, protein yang penting untuk otak bayi.
Oleh itu, disepanjang tempoh hamil, makanlah makanan yang seimbang dan bernutrisi. Jangan diikutkan sangat selera yang berkurangan tu, kesian baby kat dalam perut kan? Kalau ibu susah sangat
telan makanan di atas, saya cadangkan ambil vitamin semulajadi yg memberikan ibu nutrisi yang lengkap untuk perkembangan bayi seperti multivitamin, protein soya, minyak ikan omega 3 dan kalsium. Mudah dan lengkap!!😀
Semoga info yang ringkas ni dapat membantu mommies melahirkan baby yang comel serta genius. Jumpa lagi di entry akan datang.


Share:

0 comments:

Post a Comment

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
"Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui."