Thursday 9 October 2014

Boikotlah dengan Ilmu....


Isu boikot shaklee boleh dikatakan isu yang agak lapuk juga yang cuba dibangkitkan kembali secara berkala....bagi saya tiada istilah boikot kepada shaklee kerana Mr Roger barnet pemilik shaklee telah memberi kenyataan yang shaklee tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Israel (rujuk gambar company statement) .... SHAKLEE BUKAN PRODUK ISRAEL, tetapi produk US yang dikilangkan di US dan mendapat Sijil Halal dari ISA(Islamic Service of America)....Kami sendiri telah membuat lawatan ke HQ di Pleasanton,USA pada august 2014 yang lalu.





Jika nak diikutkan segala peralatan didalam rumah, smartphone dan sebagainya dari sekecil-kecil alat hinggalah alat yang besar mesti ada sangkut dengan US kan??setuju?? sebelum ini company saya bekerja direct terus conference dengan Israel... tapi adakah anda sedar syarikat gergasi bekas company saya dahulu mengeluarkan prosessor komputer,laptop,netbook,smartphone yang boleh dikatakan setiap rumah/individu ada. Jadi bagaimana mahu boikot?? fikir-fikir dan renungkanlah... Jika positif yang anda ambil, maka positif la jadinya... Jika negatif maka negatif la jadinya....Disini suka saya nak kongsi penjelasan dari MASTER NORITA (Pengasas jualan Shaklee secara online)tentang isu boikot ini....harap lebih jelas dan terbuka minda anda semua... Terima kasih...

Isu Israel dan Boikot :
-----------------------------
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan sala sejahtera buat semua warga Shaklee Euphoria. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan datang lebih baik dari hari ini.
Memandangkan ada ramai orang yang bertanya tentang pendapat dan pendirian saya mengenai isu Roger Barnett sebagai salah seorang BOD untuk persatuan kebajikan yang dikatakan menyumbang kepada Israel maka dengan ini ada yang memberi pendapat bahawa produk ini perlu diboikot. Maka saya dengan ini menyatakan beberapa perkara yang kalian sendiri boleh pertimbangkan serta dalam pada masa yang sama lakukan solat istikharah untuk lebih yakin dengan pendirian kalian sendiri.
1. Shaklee adalah syarikat yang tidak menyumbang kepada Israel.
Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana2 senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.
2. Melihat dari sudut persendirian atau hak perseorangan.
Kita semua mempunyai hak untuk menyalurkan duit kepada agama kita. Bagi yang Islam, saya yakin zakat sedekah dan infaq diterapkan kepada semua ahli agar mendapat keberkatan dari rezeki Shaklee yang kita usahakan. Begitu juga dengan yang bukan Islam, wang kalian pastinya kalian salurkan kepada gereja dan badan2 pertubuhan yang lain. Maka Roger Barnett juga berhak menyalurkan kewangan beliau pada agama beliau. Shaklee bukan satu2nya bisnes beliau tetapi beliau mempunyai banyak bisnes yang lain juga. Sebagai seorang yang terlibat dengan bidang korporat mereka akan menyertai mana2 badan amal demi mengurangkan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Saya yakin bagi yang mendaftar Shaklee menggunakan nama syarikat akan membuat perkara yang sama.
3. Kamu dengan agamamu , aku dengan agamaku.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.
( Surah Al Kafirun )
Surah ini jelas menerangkan prinsip kita.
4. Pastikan ada ilmu untuk berhujah dan berlaku adil.
Andai ada yang mempunyai niat untuk memboikot, terlebih dahulu boikot la dengan ilmu. Roger Barnett bukanlah tersenarai dalam 10 lelaki terkaya di dunia dan Shaklee bukanlah syarikat terbesar dunia. Hanya kerana dia dilahirkan Yahudi dan membuat amal dalam agamanya, kita menepis kebaikan produk yang selama ini kita ambil? Maka di sini saya mahu bertanya siapakan pemilik Facebook dan Whatsapp? Tidakkah dari bangsa orang yang sama? Adakah pasti dia tidak menyumbang untuk membuat amal pada agama beliau? Mengapa anda tidak usaha boikot fb dan whatsapp andai anda berniat nak boikot Shaklee?
Pernah dengan kisah Saidina Uthman bin Affan yang berurusniaga dengan Yahudi dan membeli sebuah perigi seterusnya mewakafkan kepada seluruh umat Islam di zamannya.
Ini kerana Sesungguhnya Hikmah itu adalah barang tercicir orang Mukmin. Barangsiapa yang meemuinya maka dia berhak ke atasnya.
5. Adakah anda menggunakan duit Shaklee untuk agama Islam? [ Bagi SID ISLAM khususnya]
Dalam buku MMR sendiri ada menulis sebuah kisah di zaman sahabat yang mana kebunnya sentiasa subur kerana beliau menginfakkan 1/3 pendapatannya kepada jalan ALLAH. Maka pada saya mereka yang mengamalkannya dengan pendapatan perniagaan hasil Shaklee ini pasti tahu bahawa Roger juga boleh melakukannya untuk agamanya sebagai hak individu.
Saya selalu tekankan dan sarankan agar setiap kita membayar zakat, infaq dan sedekah besar melalui duit Shaklee ini agar ia dapat membantu membangunkan ummah. Melalui bonus yang besar anda boleh menyumbang BESAR kepada Palestin dan Gaza.
Andai selama ini anda hanya membayar 2.5% zakat dan menggunakan nama syarikat untuk mengelak cukai .... pastinya anda melihat tindakan Roger Barnett itu sesuatu yang menjanggalkan untuk agama kerana anda sendiri tidak menggunakan 1/3 hasil untuk agama Islam.
6. Ia adalah strategi Pesaing
Saya melihat dari sudut persaingan, ia adalah salah satu usaha untuk menjatuhkan Shaklee. Ini kerana Shaklee bukanlah satu2nya bisnes Roger Barnett....mengapa Shaklee itu yang diperbesarkan mengapa tidak nama2 syarikat Roger Barnett yang lain? Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mewujudkan perasaan was-was kepada mereka yang goyah dan membuat orang terpedaya di sebalik nama syarikat Shaklee.
7. Lakukan solat istikharah.
Andai anda benar-benar mahu boikot semua produk US atau Yahudi atau apa juga yang pada pandangan anda benar, saya tiada hak untuk bersuara kecuali menyarankan lakukan solat istikharah. Saya juga berharap anda boikot secara menyeluruh. Bukan produk Shaklee sahaja.
Dalam sirah menjelaskan bahawa Rasullah saw sendiri berurusniaga dengan kaum Yahudi dan syarikat Shaklee tidak menyumbang kepada Israel .
Maka dengan ini anda tahu kedudukan kami serta prinsip peribadi kami.
SEPERTIMANA ADA YANG MENYATAKAN MEREKA TIDAK MAHU MENUTUP AKAUN FACEBBOK [ BOIKOT FB] KERANA MENGGUNAKAN FACEBOOK SEBAGAI SENJATA UNTUK MENENTANG, MAKA KAMI MENJADIKAN PENDAPATAN SHAKLEE KAMI UNTUK MENYUMBANG KEPADA AGAMA KAMI.
Sekian,
NORITA MOHD IDRIS
EUPHORIA FOUNDER


Share:

2 comments:

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
"Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui."