Sunday, 4 May 2014

UBATI BUASIR DENGAN SIHAT


KENALI BUASIR

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.



Jenis-jenis Buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.·
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
    Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.




Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

  • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
  • Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh mencuba SET BUASIR SHAKLEE....Dapatkan cara pengambilan dari saya....


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


BERMINAT??